Thursday, May 19, 2011

OBJEKTIF KAJIAN

Setelah melakukan kajian berkenaan alat pembakar sedia ada di pasaran serta mengenal pasrti masalah yang dialami oleh pengguna terutamanya bagi golongan peniaga. Maka dari maklumat inilah rekabentuk Alat Pembakar Mudah Guna dapat dihasilkan.

Objektif kajian saya merangkumi :-
  • Meringkaskan proses kerja penukaran arang
  • Mempercepatkan proses pembakaran ayam

PENYATAAN MASALAH

Terdapat beberapa masalah dan kelemahan yang boleh dilihat daripada alat pembakar sedia ada yang dialami oleh pengguna sendiri antaranya ialah :-

  1. Sukar untuk melakukan kerja-kerja penukaran arang.
  2. Alat pembakar sedia ada sukar untuk dipindahkan
  3. Kerja-kerja pembalikan ayam satu demi satu
  4. Sukar untuk menyimpan alat pembakar.
Daripada hasil kajian yang diperolehi, 4 masalah di atas ini merupakan masalah utama yang paling lazim dihadapi pengguna.

PENGENALAN PROJEK

Projek saya iaitu Alat Pembakar Mudah Guna ataupun nama ringkasnya A.P.M.G ialah sejenis alat pembakar yang digunakan untuk memasak makanan dengan menggunakan konsep pembakaran arang seperti memasak ayam bakar.

A.P.M.G adalah satu rekabentuk yang terhasil daripada pengalaman saya sendiri serta dan beberapa kajian yang saya lakukan terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna berkaitan dengan alat pembakar sedia ada. Antara aspek kajian yang dibuat adalah berkenaan ketinggian, kesesuaian rekabentuk, tempoh masa untuk ayam masak dan pergerakan alat pembakar.

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda. Alhamdulillah saya rasa bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, saya berjaya menyiapkan tugasan saya dalam subjek Project Proposal ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pengajar saya iaitu Encik Zakhlis Anwar Bin Jalis kerana menerima dan menambahbaik idea-idea yang saya kemukakan. Ribuan terima kasih juga kepada Encik Hafizuddin Bin Abu Bakar kerana tidak jemu-jemu memberi komen serta memberi idea-idea tambahan untuk melengkapkan idea projek saya yang sedia ada. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada ibu saya Puan Zaleha Binti Amil dan adik-beradik saya yang lain kerana tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dalam menjayakan projek saya ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam membantu saya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Semoga sumbangan yang telah mereka berikan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T

Wasssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.